Sunday, 11 November 2012

Ucapan baik yang mendatangkan pahala.



Assalamualaum.....
entry kali ni aku sikit ilmu yg ad...


1.Ta’awwudz = Isti’adzah
  • Baca jika mahu berlindung daripada godaan syaitan.
  • Di baca terutama kita hendak mulakan bacaan Al-Quran.
Auzzubillahi_minas_sysaitonir_rajim”
Maksudnya: Aku mohon perlindungan dari Allah dari syaitan yang terkutuk.

2.Bismilah/Basmalah.
  • Baca ketika memulakan sesuatu pekerjaan.
  • Sabda Rasulullah S.A.W :
segala kerja terpuji yang tidak di mulakan dengan “Bismillahirahmanirahim” akan hilanglah barakahnya”.

3.Takbir.
  • Ucapkanlah takbir jika ingin mententeramkan hatimu.

4. Tahlil = kalimat tauhid.
  • Kalimat yang paling baik. Selalulah ucapkannya tidak kira dimana kita berada.
  • Siapa saja yang akhir hayatnya mengucapkan “Laailaaha Illallah” wajib baginya syurga.

5. Tasbih = mensucikan nama Allah
  • Bila kita terpesona akan sesuatu keindahaan ciptaan Allah ucapkanlah “subhanallah”

6. Ketika di timpa musibah.
  • Ucapkanlah ketika mendengar khabar buruk dan kematian/melihat orang membawa jenazah dijalan.
  • Bagi sesiapa yang mengucapkan “Innalillahi_wainnaa_illaihi_rajiunn”mereka itulah yang mendapat berkat yang sempurna dan rahmat dari Allah dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.

7.Istighfar = memohon keampunan dari Allah.
  • Bacalah ketika selesai solat dan setelah melakukan dosa
  • Ayat “Astagharfirullah_halazim” membawa maksud “aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung”

8.Ucapan salam.
  • Ucapkanlah salam ketika menelefon, memasuki rumah, dan lain2.
  • Ucaplah “Assalamualaikum_warahmatullahi_wabarakatuhh”.
  • Sesungguhnya manusia yang utama ialah yang mendahului dengan ucapan salam.
Orang yang perlu memberi salam
Penerima salam
Orang yang berkenderaan
Pejalan kaki
Orang yang berjalan
Orang yang duduk
Kelompok yang kecil
Kelompok yang besar
Orang muda
Orang tua
Jemaah yang sedikit
Jemaah yang ramai

9.Hauqalah
  • Semua yang berlaku atas keizinan Allah S.W.T
  • Oleh itu marilah kita ucapkan “Lahaulawalaquuwatailla_billah” ketika sudah tidak tahu mahu lakukan apa lagi setelah berusaha.
  • Ayat ini member maksud “Tiada daya dan kekuatan selain dengan pertolongan Allah”.

11. Ketika bejanji
  • Ucapkanlah “InsyaAllah” yang memberi maksud “jika Allah mengizinkan”.

12.Setelah membaca Al-Quran.
  • Hendaklah mengucapkan “sadaqallahulazim”.
  • Ertinya “Maha Besar Allah yang Maha Agung dengan segala firmanNya”.

13. ketika melihat sesuatu perkara yang tidak menyenangkan.
  • Alhamdullilahi_alla_qulli_halli”.
  • Membawa maksud “segala puji bagi Allah atas segala hal”.

Rujukan:
Buku doa-doa pelajar terbitan Al-Hidayah yang ditulis oleh MD.Fikri Yaaseen.